Daripada Sebuah Impian, Menjadi Sebuah Legasi
Segala-galanya bermula dengan satu impian untuk menghasilkan produk makanan tempatan yang berkualiti, halal dan mampu dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Dengan semangat, ketekunan dan komitmen terhadap kecemerlangan, Haji Zainol berjaya membina sebuah jenama yang bukan sahaja dikenali kerana rasa yang konsisten, malah dipercayai oleh pelanggan selama lebih 39 tahun.Perjalanan ini diteruskan oleh generasi baharu yang membawa nafas inovasi tanpa melupakan nilai-nilai yang menjadi asas kepada kejayaan syarikat sejak hari pertama.







